LA ILAAHA ILLALLAH PANDUAN HIDUP
Pengabdian diri kepada Allah SWT adalah merupakan akar tunjang dan rukun pertama dalam akidah Islamiyah yang dijelmakan di dalam pengakuan: Tiada Tuhan Melainkan Allah (LAA ILAAHA ILLALLAH). Manakala menerima pengajaran dari Rasulullah SAW mengenai cara menjalan dan melaksanakan pengabdian itu adalah merupakan bahagian yang kedua daripadanya, yang dijelmakan di dalam pengakuan: Muhammad itu ialah Utusan Allah (MUHAMMADUR-RASULULLAH).
Hati Muslim yang beriman dan menyerahkan dirinya kepada Allah itu adalah hati yang menjelma di dalamnya kedua-dua dasar yang disebutkan di atas tadi. Semua perkara selain daripada kedua-duanya baik yang berbentuk asas-asas keimanan dan rukun Islam, adalah merupakan pelengkap bagi kedua-dua tadi; kerana keimanan kepada malaikat-malaikat Allah, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari kiamat, qada dan qadar, juga sembahyang, zakat, puasa dan haji, hukum halal dan haram, kemudian hukum hudud dan ta'zir, serta peraturan-peraturan mengenai muamalah, perundangan dan arahan-arahan keIslaman semuanya itu adalah tegak di atas dasar pengabdian diri kepada Allah SWT. Begitu juga sumber-sumber itu semuanya adalah ajaran-ajaran yang telah disampaikan kepada kita oleh Rasulullah SAW daripada Tuhannya.
Dan masyarakat Islam itu ialah masyarakat yang menghayati sepenuhnya kaedah-kaedah Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya di dalam kenyataan hidupnya; sebab masyarakat tanpa pelaksanaan dan peryelmaan kaedah-kaedah ini tidak boleh dipandang sebagai MASYARAKAT ISLAM.
Selanjutnya pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (LA ILAAHA ILLALLAH) dan Muhammad itu ialah utusan Allah (MUHAMMADUR RASULULLAH) adalah kaedah bagi suatu program yang lengkap yang menjadi tapak kepada kehidupan umat Islam seluruhnya. Kehidupan secara Islam ini tidak akan dapat ditegakkan sebelum kaedah ini ditegakkan terlebih dahulu; seperti juga kehidupan secara Islam tidak akan menjadi kehidupan secara Islam dengan sebenarnya sekiranya ia ditegakkan di atas kaedah yang lain daripada kaedah ini atau pun ia ditegakkan secara tempelan di samping kaedah-kaedah yang lain atau pun di samping beberapa kaedah lain yang asing darinya.
Firman Allah:
ุฅِِู ุงْูุญُْูู
ُ ุฅِูุงَّ ِِّููู َุฃู
َุฑَ َุฃูุงَّ ุชَุนْุจُุฏُْูุง ุฅِูุงَّ ุฅَِّูุงُู َุฐَِูู ุงูุฏُِّูู ุงَِّْูููู
ُ
Maksudnya: Tidak ada kekuasaan memerintah itu melainkan kepunyaan Allah sahaja. Ia perintah supaya kamu jangan sembah dan mengabdikan diri melainkan Dia, kerana yang demikian itu ialah agama yang lurus.
(Yusoff: 40)
Firman Allah:
ู
َّْู ُูุทِุนِ ุงูุฑَّุณُู َ ู ََููุฏْ َุฃุทَุงุนَ ุงَّููู
Maksudnya: “Sesiapa yang taat dan patuhkan Rasul, maka sesungguhnya dia telah taat dan patuhkan Allah. “
(An-Nisaa: 80)
Pengakuan yang ringkas dan mutlak itu memberikan panduan kepada kita untuk membuat kata pemutus mengenai beberapa persoalan pokok mengenai hakikat agama ini dan mengenai gerakannya di dalam kenyataan.
Pengakuan ini memberi panduan kepada kita dalam membuat garis pemisah mengenai:
Pertama : Bentuk dan tabiat masyarakat Islam.
Kedua : Program pertumbuhan dan perkembangan masyarakat Islam.
Ketiga : Program Islam dalam menghadapi masyarakat-masyarakat jahiliyah.
Keempat : Program Islam dalam menghadapi kenyataan hidup umat manusia seluruhnya. yang semuanya ini merupakan masalah pokok dalam program gerakan Islam, dulu dan sekarang
Sesungguhnya ciri pertama yang menentukan bentuk dan tabiat “Masyarakat Islam” itu ialah bahawasanya masyarakat itu berdiri dan tegak di atas asas mengabdikan diri kepada Allah SWT di dalam semua urusannya. Mengabdikan diri yang dijelma dan dibentuk oleh pengakuan dan ikrar bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhamad itu ialah utusan Allah (LAA ILAAHA
ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULUL LAH).
Pengabdian diri itu hendaklah terjelma di dalam bentuk kepercayaan seperti juga di dalam semua syiar-syiar dan simbol-simbol peribadatan, seperti mana juga ianya menjelma d dalam peraturan-peraturan dan undang-undang. Sebab bukanlah menjadi hamba Allah SWT seorang yang tidak meyakini keesaan dan ketunggalan
Allah SWT. Firman Allah:
ََููุง َ ู ุงُّููู َ ูุง ุชَุชَّุฎِ ُ ุฐْูุง ุฅَِ ِْูููู ุงุซَِْْููู ุฅَِّูู
َุง َُูู ุฅٌِูู َูุงุญِุฏٌ َูุฅَّูุงَู َูุงุฑَْูุจُِูู ( 51 ) ََُููู ู
َุง ِูู
( ุงْูุณَّู
َุงَูุงุชِ َูุงูุฃَุฑْุถِ ََُููู ุงูุฏُِّูู َูุงุตِุจًุง َุฃَูุบَْูุฑَ ุงِّููู ุชَุชَُّูู َ ู ( 52
Maksudnya: “Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa, dan kepadaKulah hendaknya kamu ta.kut. Dan bagi-Nyalah apa yang ada di langit dan di bumi, dan bagi-Nyalah ketaatan dergan tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti?”
(An Nahl: 51-52)
Dan bukanlah hamba Allah SWT orang yang mempersembahkan atau pun melakukan syiar dan lambang pengabdian kepada yang lain daripada Allah, sama ada bersama-sama dengan Allah atau pun secara bersendirian dan tidak bersamasama dengan Allah.
Firman Allah SWT:
ُู ْ ู ุฅَِّู ุตَ َ ูุงุชِู َُููุณُِูู َูู
َุญَْูุงَู َูู
َู
َุงุชِู ِِّููู ุฑَุจِّ ุงْูุนَุงَูู
َِูู ( 162 ) َ ูุง ุดَุฑَِูู َُูู َูุจِ َ ุฐَِูู
( ุฃُู
ِุฑْุชُ ََูุฃَูุงْ َุฃَّู ُ ู ุงْูู
ُุณِْูู
َِูู ( 163
Maksudnya: “Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidup dan matiku adalah kerana Allah Tuhan seru sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya, dan begitulah aku diperintah dan adalah aku orang Islam yang pertama.” (Al-An’am: 162-163)
Dan bukanlah hamba Allah SWT orang yang menerima peraturan dan undang-undang dari yang lain daripada Allah SWT. Melainkan melalui jalan yang Allah telah sampaikan kepada kita, iaitu jalan Rasulullah SAW.
Firman Allah :
َุฃู
ْ َُููู
ْ ุดُุฑَ َ ูุงุก ุดَุฑَุนُูุง َُููู
ู
َِّู ุงูุฏِِّูู ู
َุง َูู
ْ َْูุฃَุฐู ุจِِู ุงَُّููู
Maksudnya : “Atau adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mengatur untuk mereka sebagai agama, sesuatu yang Allah tak izinkan.”
dan firman Allah SWT lagi :
َูู
َุง ุขุชَุง ُ ูู
ُ ุงูุฑَّุณُู ُ ู َูุฎُุฐُُูู َูู
َุง ََููุง ُ ูู
ْ ุนَُْูู َูุงูุชَُููุง
Maksudnya : “Dan apa-apa yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa-apa yang ia larang kami, maka jauhilah.” (al-Hasyr : 7)
Inilah dia masyarakat Islam, masyarakat yang menjelma di dalamnya pengabdian diri kepada Allah SWT di dalam kepercayaan anggota-anggotanya dan juga di dalam konsep dan gambaran fikiran mereka, seperti juga ia menjelma di dalam lambang-lambang hidup dan peribadatan mereka dan malah ia menjelma di dalam sistem dan peraturan kemasyarakatan mereka, dan peraturan serta undangundang mereka. Bila mana sahaja sesuatu faktor dari faktor-faktor yang disebutkan di atas tadi menyimpang dan tidak menjelma di alam kenyataan, maka dengan itu bererti bahawa Islam itu sendri pun sudah menyimpang dan tidak menjelma lagi, kerana menyimpang dan tidak menjelmanya rukun Islam yang Pertama, iaitu pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah (LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH).
Dan telah pun kita katakan: bahawa pengabdian diri kepada Allah itu menjelma di dalam konsep dan gambaran kepercayaan, maka eloklah kita perkatakan apakah dia konsep dan gambaran kepercayaan cara Islam itu iaitu gambaran yang terjadi di dalam pemikiran manusia sebagai hasil dari penerimaannya akan akidah itu dari sumbernya yang sejati, iaitu sumber ILAHI; dan yang dengannya manusia itu dapat mengerti dan memahami apakah dia hakikat Tuhannya, dan hakikat alam yang dia hidup di dalamnya, baik yang nampak dilihat atau pun yang tak nampak dan hakikat dirinya dan hakikat zat manusia itu sendiri, yang ia rasakan itu, baik yang nampak atau yang tak nampak; dan di samping segala sesuatu ialah hakikat dirinya sendiri, iaitu hakikat manusia itu sendiri, kemudian ia sesuaikan semuanya di atas itu dengan perhubungannya dengan hakikat ini; perhubungannya dengan Tuhannya yang menjelmakan pengabdian dirinya kepada Allah SWT dan perhubungannya dengan alam semesta dan peraturan seluruh benda yang hidup di dunia ini, serta setiap peribadi umat manusia, perhubungan yang mengambil sumber (atau yang bersumber) dari agama Allah, seperti yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Dengan demikian dia melaksanakan pengabdian diri kepada Allah SWT dalam bentuk yang meliputi seluruh sendi kehidupannya.
Maka kalaulah telah menjadi ketetapan bahawa inilah dia “Masyarakat Islam” itu, maka bagaimanakah pula masyarakat itu boleh tumbuh dan bagaimanakah pula program pertumbuhannya?
Sesungguhnya masyarakat itu tidak akan dapat tegak kecuali bila timbul satu perkumpulan (jamaah) manusia yang mengakui pengabdian diri mereka sepenuhnya kepada Allah SWT, dan bahawa mereka tidak tunduk dan merendahkan diri mereka ke peringkat yang sejajar dengan pengabdian itu kepada sesuatu apa pun yang lain daripada Allah SWT di dalam perkara iktikad, gambaran hidup dan lambang-lambang keagamaan, tidak tunduk dan merendahkan diri kepada yang lain daripada Allah di dalam urusan peraturan hidup dan perundangan kemudian mereka bertindak untuk menyusun hidup mereka dengan dasar dan asas pengabdian diri dan ketundukan yang sejati, dengan cara membersihkan hati dan nadi mereka dari sebarang keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan yang lain daripada Allah SWT, baik bersama-sama dengan Allah sebagai rakan sekutunya mahupun bersendirian sebagai lawan Allah; di samping membersihkan segala lambangnya daripada bertumpu kepada yang lain daripada Allah serta membersih dan membebaskan peraturan dan undang-undang hidup mereka daripada sebarang sumber pengambilan yang lain daripada Allah.
Di ketika itulah, ya, di ketika itulah sahaja, perkumpulan atau jamaah itu menjadi perkumpulan Islam dan masyarakat yang mereka bentuk itu baru sah menjadi masyarakat Islam (Muslim). Ada pun sebelum satu kelompok manusia mengaku akan kebersihan dan keikhlasan pengabdian diri mereka kepada Allah semata-mata, mengikut cara yang telah disebutkan tadi, maka ketika itu mereka masih belum lagi menjadi orang-orang Islam, dan sebelum mereka mengatur perkumpulan mereka di atas dasar itu maka perkumpulan mereka pun bukanlah suatu perkumpulan Islam ini ialah kerana kaedah dan dasar pertama yang menjadi landasan Islam itu ialah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah (LA ILAAHA ILLALIAH MUHAMMADUR RASULULLAH) dari kedua-dua seginya.
Dengan demikian, maka sebelum daripada difikirkan soal mewujudkan sistem masyarakat Islam, dan sebelum daripada mewujudkan masyarakat Islam di atas landasan sistem itu perlu dan sayugialah dititik beratkan dahulu kepada kebersihan setiap hati nurani si Muslim itu dari mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, dalam sebarang bentuk dan rupa yang telah kita kemukakan tadi, dan hendaklah individu yang hati nuraninya itu bersih dan dan suci dari sebarang pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah itu berkumpul dalam suatu Jamaah Islamiyah dan Jemaah yang hati nurani anggota-anggotanya suci bersih dari pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah di segi iktikad, ibadat dan perundangan, dari merekalah akan dapat tumbuh masyarakat Islam, dan akan disertai oleh setiap orang yang mahu hidup di dalam masyarakat itu dengan akidahnya sendiri ibadatnya sendiri dan syariatnya sendiri yang menjelma dalam bentuk pengabdian diri dan ketundukan kepada Allah SWT semata-mata atau dengan perkataan lain menjelma dalamnya pengakuan: bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muharmmad ialah utusan Allah (LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR-RASULULLAH).
Begitulah tumbuhnya Jemaah Islamiyah yang ulung dahulu dan telah dapat membangunkan masyarakat Islam yang pertama dan demikian pulalah kaedahnya pertumbuhan setiap Jemaah Islamiyah di setiap ketika dan tempat dan demikian pulalah tumbuhnya setiap masyarakat muslim bila mana dan di mana sahaja pun.
Sesungguhnya masyarakat Islam itu tumbuh daripada berpindahnya beberapa individu dan perkumpulan manusia dari mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, baik bersama-sama.dengan Allah atau pun tanpa Allah, kepada mengabdikan diri kepada Allah semata-mata tanpa sebarang kongsi dan sekutu bagi-Nya; kemudian daripada pengakuan dan penegasan perkumpulan ini
hendak menegakkan sistem hidupnya sendiri di atas asas pengabdian itu, ya, ketika itulah baru sempurna lahirnya sesuatu yang baru untuk masyarakat yang baru, sebagai pecahan daripada masyarakat jahiliyah yang telah sedia ada, yang berhadapan dengannya dengan memakai akidah yang baru, sistem hidup yang baru, berdasarkan akidah ini yang menjelma di dalamnya dasar Islam yang pertama dengan dua rangkaiannya iaitu pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu ialah utusan Allah (LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR-RASULULLAH).
Ada kemungkinan masyarakat jahiliyah itu seluruhnya akan menyertai masyarakat Islam dan boleh jadi juga tidak, seperti juga masyarakat jahiliyah itu boleh berkompromi dengannya seperti mana ia pun boleh memusuhinya, walaupun telah menjadi kebiasaan bahawa masyarakat jahiliyah selalu memerangi masyarakat Islam. Kebiasaan itu berlaku di peringkat pertumbuhannya (iaitu terhadap individu pada pendakwahnya dan juga terhadap perkumpulan dan organisasinya mahu pun terhadap masyarakat itu seluruhnya sesudah masyarakat itu tumbuh). Inilah yang telah berlaku di sepanjang dakwah Islamiyah sejak dari zaman Nabi Nuh hinggalah ke zaman Nabi Muharrmad SAW tanpa kecualinya.
Memanglah masyarakat Islam itu tidak akan tumbuh dan tak akan lancar pertumbuhannya kecuali apabila ianya mempunyai kekuatan yang boleh menghadapi dan melawan cabaran dan tekanan dari masyarakat jahiliyah baik kekuatan itu berupa kekuatan akidah dan keyakinan, kekuatan peribadi dan
pertahanan jiwa, kekuatan daya mengatur dan membina masyarakat dan segala jenis kekuatan yang mampu menghadapi tekanan masyarakat jahiliyah atau mengalahkannya, atau pun sekurang-kurangnya dapat mengimbanginya.
Tapi apakah dia “masyarakat jahiliyah” itu dan bagaimanakah pula jalan program Islam menghadapinya? Sesungguhnya “masyarakat jahiliyah” itu ialah setiap masyarakat yamg bukan masyarakat Islam! Dan kalau kita hendak membuat definisi atau takrifnya yang tepat maka kita katakan: “bahawa masyarakat jahiliyah itu iatah masyarakat yang tidak tulen pengabdiannya kepada Allah SWT; pengabdian yang menjelma di dalam kepercayaan dan keyakinan di dalam syiar dan lambang peribadatan, juga di dalam peraturan dan undang-undang.”
Dengan definisi dan takrif yang terang dan tepat ini maka termasuklah di dalam golongan “Masyarakat jahiliyah” itu semua bentuk masyarakat yang ada sekarang di permukaan bumi ini.
Termasuk di dalamnya masyarakat KOMUNIS.
Pertama :
Kerana ilhad dan engkarnya akan zat Allah SWT dan kerana ia tidak percaya dan mengakui wujudnya zat Allah SWT sama sekali, juga kerana ia berpandukan “benda” dan “alam”. Pun kerana ia merujuk dan meletakkan wujudnya alam ini kepada “benda” dan “alam semesta”. Juga kerana ia merujukkan aktiviti kehidupan manusia dan sejarahnya kepada ekonomi dan alat produksi semata-mata.
Kedua:
Kerana ia mendirikan suatu sistem pengabdian diri kepada parti, dengan menganggap bahawa pimpinan kolektif itu adalah suatu hakikat sebenarnya yang menguasai parti komunis, dan bahawa pimpinan dan pengabdian ibu bukanlah sama sekali kepunyaan ALLAH. Kemudian segala aspek dan segi yang berkaitan dengan konsep sistem tadi, yang sebenarnya merupakan penghinaan kepada martabat dan kehormatan “manusia” dengan menganggap bahawa “keperluan asasi” bagi manusia itu sama sahaja dengan keperluan asasi bagi haiwan, iaitu makanan, minuman, pakaian, lempat tinggal dan perhubungan jenis (sex) sahaja!
Dengan tidak membenarkannya mendapatkan keperluan-keperluan rohani yang membezakannya dari haiwan. Keperluan rohani itu yang pertamanya ialah iktikad akan kebesaran Tuhan dan kebebasan memilih kepercayaan hidup, juga kebebasan bersuara yang merupakan aspek penting dari sifat “kemanusiaan", yang terganbar di dalam bentuk kebebasan hak milik individu, kebebasan dalam lapangan seni, dan hal-hal mengenai soal individu, dan seterusnya semata-mata menjadi “alat” kerana sebenarnya di dalam konsep kepercayaan sistem komunis adalah menurunkan taraf dan darjat rmanusia menjadi lebih rendah dari haiwan, malah tidak lebih daripada menjadi alat sahaja!
Termasuk juga dalam kategori masyarakat jahiliyah ini ialah masyarakat penyembah berhala yang masih banyak kedapatan di India, Jepun, Filipina dan juga di Afrika kerana:
Pertama :
Konsep dan iktikadnya yang mempertuhankan benda-benda yang lain daripada ALLAH SWT, baik sebagai sekutu Allah atau berdiri sendiri dalam bentuk persembahan lambang-lambang dan syiar-syiar persembahan kepada dewa-dewa, tukang-tukang tilik dan mahaguru-mahaguru dan apa jua selain daripada Allah yang dianggap mempunyai sifat ketuhanan juga termasuk di dalamnya sistem sistem peraturan dan undang-undang yang lain daripada peraturan dan undangundang Allah, sama ada peraturan dan undang-undang itu diambil dari kuil-kuil,pendeta-pendeta, sami-sami, bomoh-bomoh, tukang-tukang tilik dan mahaguru-- mahaguru, atau diambil daripada lembaga-lembaga dan badan-badan perundangan sekular yang mempunyai kuasa perundangan tanpa berpandu kepada syariat Allah dengan pengertian bahawa lembaga-lembaga dan badan-badan itu mempunyai kuasa perundangan tertinggi atas nama rakyat atau atas nama parti atau apa jua nama pun yang demikian justeru kerana kekuasaan dan pemerintahan itu adalah kepunyaan dan hak milik mutlak Allah SWT yang tidak akan boleh didapati melainkan melalui panduan dan jalan yang telah digariskan oleh rasul-rasulNya.
Termasuk dalam kategori masyarakat jahiliyah juga ialah masyarakat Yahudi dan Kristian di seluruh muka bumi ini kerana:
Pertama:
Konsep dan kepercayaan hidupnya yang menyeleweng dan terpesong, yang tidak mentauhidkan Allah SWT dengan sifat-sifat keTuhananNya, malah dijadikan bagi-Nya kongsi-kongsi dan sekutu-sekutu di dalam beragam bentuk kesyirikan, baik yang berbentuk putera Suci (Tuhan) atau dalam bentuk tiga-tuhan (trinity) atau menggambarkan Allah SWT bukan dengan gambaran yang sebenar, dan menggambarkan hubungan sifat-sifat Allah berlainan daripada yang sebenarnya.
Firman Allah :
ََููุงَูุชِ ุงَُْููููุฏُ ุนُุฒَْูุฑٌ ุงุจُْู ุงِّููู ََููุงَูุชْ ุงَّููุตَุงุฑَู ุงْูู
َุณِูุญُ ุงุจُْู ุงِّููู َุฐَِูู َُُْููููู
ุจِุฃََْููุงِِููู
ْ
ُูุถَุงِูุคُู َ ู َْูู َ ู ุงَّูุฐَِูู َ َููุฑُْูุง ู
ِู َูุจُْู َูุงุชََُููู
ُ ุงُّููู َุฃَّูู ُูุคَْู ُ ูู َ ู
Maksudnya: “Dan berkatalah orang Yahudi: “Uzair itu anak Allah” dan berkatalah orang-orang Nasrani: “Isa [Al-Masih] itu anak Allah.” Yang demikian itu adalah omongan mereka dengan mulut mulut mereka, menyerupai perkataanperkataan orang kafir yang dahulu; mudah-mudahan Allah binasakan mereka! Bagaimanakah mereka dapat dipalingkan.”
(At-Taubah: 30)
ََّููุฏْ َ َููุฑَ ุงَّูุฐَِูู َูุงُْููุง ุฅَِّู ุงَّููู َุซุงِูุซُ َุซ َ ูุงَุซุฉٍ َูู
َุง ู
ِْู ุฅٍَِูู ุฅِูุงَّ ุฅٌَِูู َูุงุญِุฏٌ َูุฅِู َّูู
ْ َููุชَُْููุง ุนَู
َّุง
َُُููููู َ ู ََููู
َุณََّّู ุงَّูุฐَِูู َ َููุฑُْูุง ู
ُِْููู
ْ ุนَ َ ุฐุงุจٌ َุฃِููู
ٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “bahawa Allah itu ialah yang ketiga daripada tiga [Tuhan] pada hal tidak ada tuhan, melainkan Tuhan Yang Tunggal; dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan, nescaya akan mengenai orang-orang kafir dari mereka itu azab yang pedih.”
(Al-Ma'idah: 73)
Juga firman Allah:
ََููุงَูุชِ ุงَُْููููุฏُ َูุฏُ ุงِّููู ู
َุบٌَُْูููุฉ ُ ุบَّูุชْ َุฃْูุฏِِููู
ْ َُููุนُِْููุง ุจِู
َุง َูุงُْููุง ุจَ ْ ู َูุฏَุงُู ู
َุจْุณُูุทَุชَุงِู ُُِูููู َ َْููู
َูุดَุงุก
Maksudnya: “Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu”, padahal tangan-tangan merekalah yang terbelenggu, dan dilaknatlah mereka dengan [sebab] apa yang telah mereka katakan itu, bahkan kedua tangan Allah itu terbuka. Ia membelanjakan sebagaimana yang ia suka.”
(Al-Maidah: 64)
serta firman Allah SWT:
ََููุงَูุชِ ุงَُْููููุฏُ َูุงَّููุตَุงุฑَู َูุญُْู َุฃุจَْูุงุก ุงِّููู ََูุฃุญِุจَّุงุคُُู ُู ْ ู َِููู
َ ُูุนَุฐِّุจُ ُ ูู
ุจِุฐُُููุจِ ُ ูู
ุจَ ْ ู َุฃูุชُู
ุจَุดَุฑٌ
ู
ِّู
َّْู ุฎَََูู
Maksudnya: “Dan telah berkata orang-orang Yahudi dan Nasrani: “Kami ini anak-anak Allah dan kekasih-kekasihNya. “Tanyakanlah mereka: “Kalau begitu mengapakah Allah itu menyeksa kami dengan sebab dosa-dosa kamu? Bahkan kamu itu manusia dari makhluk yang Ia jadikan.”
(Al-Maidah: 18)
Masyarakat Yahudi dan Kristian masuk di dalam kategori masyarakat jahiliyah dengan sebab bentuk, syiar dan juga lambang-lambang keagamaan mereka yang berbentuk peribadatan, istiadat-istiadat dan upacara-upacara rasminya yang tercetus daripada konsep dan kepercayaan yang menyeleweng dan sesat serta menyesatkan. Kemudian lagi masyarakat itu menjadi masyarakat jahiliyah kerana sistem hidup, peraturan dan undang-undangnya yang tidak berdasar kepada pengabdian diri kepada Allah SWT mengakui hak memerintah dan berkuasa hanya kepada Allah SWT dan tidak mengambil kekuasaan daripada syariat dan panduan Ilahi; malah mereka dirikan badan-badan dan lembaga yang terdiri daripada manusia yang diberi hak kekuasaan tertinggi, sedang hak kekuasaan tertinggi itu adalah kepunyaan mutlak Allah SWT dan sejak dahulu lagi Allah SWT telah cap mereka kufur dan syirik kerana mereka telah memberikan hak itu kepada para padri, pendeta dan rahib agama mereka untuk membuat peraturan dan undang undang dari pihak diri mereka (padri pendeta dan rahib) itu sendiri, peraturan dan undang-undang yang mesti diterima dan dipatuhi oleh para penganut dan pengikut agama itu.
Firman Allah SWT:
ุงุชَّุฎَ ُ ุฐْูุง َุฃุญْุจَุงุฑَُูู
ْ َูุฑُْูุจَุงَُููู
ْ َุฃุฑْุจَุงุจًุง ู
ِّู ุฏُِูู ุงِّููู َูุงْูู
َุณِูุญَ ุงุจَْู ู
َุฑَْูู
َ َูู
َุง ُุฃู
ِุฑُْูุง ุฅِูุงَّ َِููุนْุจُุฏُْูุง
ุฅًَِููุง َูุงุญِุฏًุง ูุงَّ ุฅََِูู ุฅِูุงَّ َُูู ุณُุจْุญَุงَُูู ุนَู
َّุง ُูุดْุฑِ ُ ูู َ ู
Maksudnya: “Mereka itu telah menjadikan padri-padri, pendeta-pendeta dan rahib-rahib agama mereka sebagai Tuhan-tuhan selain daripada Allah dan juga mereka menjadikan Al-Masih putera Maryam itu sebagai Tuhan sedangkan mereka tidak diperintah melainkan supaya mereka menyembah Tuhan Yang Satu. Tuhan Yang tiada lagi Tuhan selain daripada-Nya. Maha sucilah la dari apa
yang mereka sekutukan itu.”
(Baraah: 31)
Sedangkan orang Yahudi dan Nasrani tidak beriktikad dan menganggap para pendeta dan rahib agama mereka itu sebagai Tuhan yang mereka sembah, juga mereka tidak melakukan ibadat kepada para pendeta dan rahib itu, mereka hanya sekadar mengakui bahawa pendeta-pendeta dan rahib-rahib itu mempunyai hak dan kuasa dalam soal pemerintahan dan kekuasaan negara, dan mereka patuh sahaja menerima apa yang diputuskan oleh para pendeta dan rahib itu, walaupun dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah sama sekali. Oleh sebab itulah mereka itu layak disifatkan sebagai syirik dan kufur.
Dan akhir sekali termasuklah juga di dalam kategori masyarakat jahiliyah itu masyarakat-masyarakat yang menganggap bahawa mereka kononnya “Masyarakat Islam”.
Masyarakat-masyarakat ini masuk ke dalam lingkungan ini tidak kerana ia percaya dan beriktikad seorang yang lain daripada Allah sebagai mnempunyai sifat ketuhanan; bukan pula kerana ia melakukan sebarang jenis ibadat kepada yang lain daripada Allah; tapi ia termasuk di dalam kategori masyarakat jahiliyah kerana ia tidak menumpu dan membulatkan pengabdian dirinya kepada Allah SWT di dalam sistem hidupnya; dan ia - walaupun tidak beriktikad ketuhanan sesuatu apa pun yang lain daripada Allah - tetapi ia telah memberikan salah satu sifat paling istimewa kepunyaan Allah SWT kepada yang lain daripadanya-Nya, lalu ia rela tunduk (dan patuh kepada keputusan dan hukuman serta pemerintahan yang lain daripada Allah; dan ia menerima segala peraturan dan undang-undangnya, nilai nilai dan pertimbangannya, adat resam dan kebudayaannya dalam hampir seluruh asas dan dasar kehidupannya.
Sedangkan Allah SWT telah pun berfirman mengenai sifat-sifat orang yang memerintah seperti itu:
َูู
َู َّูู
ْ َูุญْ ُ ูู
ุจِู
َุง َุฃูุฒَ َ ู ุงُّููู َูุฃَُْููุฆَِู ُูู
ُ ุงْู َ ูุงِูุฑُู َ ู
Maksudnya: “Kerana barang siapa sahaja yang tidak menghukum dan memerintah dengan hukum [apa] yang diturunkan oleh Allah, maka adalah mereka itu orang-orang yang kafir.”
(Al Maidah: 44)
Juga Allah SWT telah berfirman, mengenai sifat orang-orang yang diperintah (rakyat jelata).
َุฃَูู
ْ ุชَุฑَ ุฅَِูู ุงَّูุฐَِูู َูุฒْุนُู
ُู َ ู َุฃَُّููู
ْ ุขู
َُْููุง ุจِู
َุง ُุฃูุฒِ َ ู ุฅََِْููู َูู
َุง ُุฃูุฒِ َ ู ู
ِู َูุจَِْูู ُูุฑِูุฏُู َ ู َุฃู
َูุชَุญَุงَูู
ُْูุง ุฅَِูู ุงูุทَّุง ُ ุบูุชِ ََููุฏْ ُุฃู
ِุฑُْูุง َุฃู َู ْ ُููุฑُْูุง ุจِِู َُููุฑِูุฏُ ุงูุดَّْูุทَุง ُ ู َุฃู ُูุถَُِّููู
ْ ุถَ َ ูุง ً ูุง ุจَุนِูุฏًุง
60 ) َูุฅَِุฐุง ِูู َ ู َُููู
ْ ุชَุนَุงَْْููุง ุฅَِูู ู
َุง َุฃูุฒَ َ ู ุงُّููู َูุฅَِูู ุงูุฑَّุณُِูู ุฑََุฃْูุชَ ุงْูู
َُูุงَِِูููู َูุตُุฏُّู َ ู ุนََูู )
ุตُุฏُูุฏًุง ( 61 ) َู َ َْููู ุฅَِุฐุง َุฃุตَุงุจَุชُْูู
ู
ُّุตِูุจٌَุฉ ุจِู
َุง َูุฏَّู
َุชْ َุฃْูุฏِِููู
ْ ُุซู
َّ ุฌَุขุคَُูู َูุญُِْููู َ ู ุจِุงِّููู ุฅِ ْ ู
َุฃุฑَุฏَْูุง ุฅِูุงَّ ุฅِุญْุณَุงًูุง َูุชًَِْููููุง ( 62 ) ُุฃَููุฆَِู ุงَّูุฐَِูู َูุนَْูู
ُ ุงُّููู ู
َุง ِูู ُُูููุจِِูู
ْ ََูุฃุนْุฑِุถْ ุนَُْููู
ْ
َูุนِ ْ ุธُูู
ْ َُููู َُّููู
ْ ِูู َุฃُููุณِِูู
ْ َْูู ً ูุง ุจَِููุบًุง ( 63 ) َูู
َุง َุฃุฑْุณََْููุง ู
ِู ุฑَّุณٍُูู ุฅِูุงَّ ُِููุทَุงุนَ ุจِุฅِุฐِْู ุงِّููู
ََْููู َุฃَُّููู
ْ ุฅِุฐ ุธََّูู
ُْูุง َุฃُููุณَُูู
ْ ุฌَุขุคَُูู َูุงุณْุชَุบَْูุฑُْูุง ุงَّููู َูุงุณْุชَุบَْูุฑَ َُููู
ُ ุงูุฑَّุณُู ُ ู ََููุฌَุฏُْูุง ุงَّููู
ุชََّูุงุจًุง ุฑَّุญِูู
ًุง ( 64 ) َู َ ูุง َูุฑَุจَِّู َ ูุง ُูุคْู
ُِูู َ ู ุญَุชََّู ُูุญَِّูู
َُูู ِููู
َุง ุดَุฌَุฑَ ุจََُْูููู
ْ ُุซู
َّ َ ูุง َูุฌِุฏُْูุง ِูู
( َุฃُููุณِِูู
ْ ุญَุฑَุฌًุง ู
ِّู
َّุง َูุถَْูุชَ َُููุณَِّูู
ُْูุง ุชَุณِْููู
ًุง ( 65
Maksudnya: “Tidakkah engkau fikirkan [kesesatan] orang-orang yang mendakwa bahawasanya mereka beriman kepada [AI-Quran] yang diturunkan kepadamu dan kepada kitab yang diturunkan sebelummu, pada hal mereka suka hendak berhakim kepada taghut [syaitan]? Sedangkan mereka telah diperintahkan supaya kufur [engkar] kepadanya, tetapi syaitan ingin menyesatkan mereka dengan kesesatan yang lauh. Dan apabila katakan kepada mereka: “Marilah [berhakim] kepada hukum Al-Quran yang diturunkan oleh Allah dan kepada [hukum] Rasul Allah”, engkau dapat lihat orang-orang munafiq itu berpaling darimu dengan sungguh-sungguh. Tetapi bagaimana halnya apabila satu bahaya mengenai mereka dengan sebab apa yang diperbuat oleh tangan-tangan mereka, kemudian mereka datang kepadamu bersumpah dengan nama Allah: “Kami tidak maksudkan melainkan kebaikan dan perdamaian.” Mereka itu ialah orang yang Allah telah tahu apa yang ada di dalam hati mereka. Lantaran itu hendaklah engkau berpaling dari mereka tetapi nasihatilah mereka dan katakan kepada mereka perkataan yang memberi kesan pada mengubah apa-apa ada di hati-hati mereka. Dan Kami tidak utus seorang pun Rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah; dan jika mereka, sesudah menganiayai diri mereka sendiri, datang kepadamu, lalu mereka minta ampun kepada Allah, dan Rasul juga mintakan ampun bagi mereka, nescaya mereka dapati Allah itu Penerima taubat,Penyayang. Tetapi tidak! Demi Tuhanmu mereka tidak disifat beriman hingga mereka jadikanmu sebagai hakim dalam apa-apa yang mereka berselisihan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sesuatu keberatan di hati-hati mereka tentang apa yang engkau telah putuskan serta mereka menerima keputusan dengan sepenuh-penuhnya.”
(An Nisa' : 60-65)
Maka sebagaimana Allah SWT telah mensifatkan orang-orang Yahudi dan Nasrani tadi dengan sifat syirik dan kufur, serta terpesong juga tersasul dari pengabdian diri kepada Allah, kerana mereka menjadikan padri-padri, pendeta pendeta dan rahib-rahib mereka, sebagai tuhan-tuhan selain daripada ALLAH maka demikian jugalah halnya dengan orang-orang yang menamakan diri mereka sebagai ORANG-ORANG ISLAM kepada pengikut-pengikut mereka. Dan Allah anggap orang Nasrani itu syirik kerana menganggap Isa putera Maryam sebagai Tuhan yang mereka sembah dan mereka puja; itu sudah bererti keluar dari sifat pengabdian kepada Allah dan juga dari pengakuan bahawa: tiada Tuhan melainkan Allah. Dan ini (orang Islam) sama sahaja dengan mereka (Yahudi dan Nasrani), iaitu mengeluarkan diri daripada pengabdian kepada Allah sahaja dan dengan demikian keluar daripada agama ini (Islam) dan keluar daripada pengakuan: tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah (LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR-RASULULLAH).
Dan masyarakat itu, setengahnya ada pula yang mengaku berterus terang tentang sifat sekularnya dan menganggap bahawa perkara-perkara duniawi itu di atas landasan “sains” semata-mata, dengan anggapan bahawa sains (benda) itu bertentangan dengan benda-benda ghaib, sedangkan sangkaan itu adalah satu sangkaan karut yang hanya ada pada orang yang jahil sahaja. Manakala sebahagian lagi masyarakat itu ada yang mengakui dan mematuhi pemerintahan praktikal yang lain daripada Allah yang dapat membuat undang-undang mengikut kehendaknya sendiri, dan dirinya sendiri lalu mendakwa bahawa “inilah dia pemerintahan Tuhan”; sedangkan itu semua adalah sama-sama tidak berdiri di atas pengabdian diri kepada Allah SWT.
Jikalau ini telah temyata, maka sikap Islam mengenai masyarakat-masyarakat jahiliyah itu semuanya adalah dapat ditegaskan melalui ungkap kata yang satu sahaja iaitu: "Bahawa Islam menolak dan tidak mengakui ‘keislaman’ masyarakat sepenuhnya”; dan menolak sahnya masyarakat itu mengikut nilai Islam.
Sesungguhnya Islam itu tidak memandang kepada simbol dan kepada judul yang ditonjolkan oleh masyarakat itu, kerana semuanya itu berpadu di dalam suatu hakikat sahaja, iaitu bahawa kehidupan di dalam masyarakat itu tidak tegak di atas dasar pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan semuanya itu bertemu di dalam suatu hakikat yang menyatukan semuanya, iaitu hakikat Jahiliyah.
Dan ini membawa kita kepada persoalan yang penghabisan, iaitu jalan program Islam dalam menghadapi realiti umat manusia seluruhnya hari ini, besok dan seterusnya hingga ke akhir zaman dan di sinilah amat berguna sekali huraian dan penjelasan kita mengenai “bentuk masyarakat Islam” yang kita huraikan tadi tentang tabiat masyarakat Islam itu yang dibangunkan di atas asas pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT di dalam semua urusan.
Sesungguhnya penegasan tabiat dan sifat ini akan dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai pertanyaan berikut: Apakah asal usul yang menjadi sandaran kepada hidup manusia? Adakah asal dan di atas apa hidup manusia itu ditegakkan? Adakah asal agama Allah dan programnya untuk dihayati? Atau adakah asal itu bersandar kepada realiti hidup manusia itu sendiri dalam bentuk yang bagaimanapun?
Sebenamya Islam telah pun memberikan jawapan yang tegas dan nyata kepada pertanyaan-pertanyaan di atas itu, tanpa keraguan dan dalih sesaat jua pun, iaitu bahawa asal usul segala sesuatu yang wajib dirujukkan segala sesuatu dan wajib dipercayai ialah: agama Allah dan programnya untuk dihayati, iaitu pengakuan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU UTUSAN ALLAH (LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADUR-RASULULLAH); itulah rukun utama dalam Islam, yang tidak dapat ditegak dan ditunaikan semua rukun-rukun lain kecuali di atas usul ini dan bahawasanya pengabdian diri kepada Allah serta kepatuhan menerimanya dalam bentuk dan cara mengambilnya daripada Rasulullah SAW yang juga tidak akan sah kecuali apabila benar-benar diakui asal usul ini, disertai dengan kepatuhan sungguth-sungguh dan tegas, tanpa dalih apa pun.
Firman Allah:
َูู
َุง ุขุชَุง ُ ูู
ُ ุงูุฑَّุณُู ُ ู َูุฎُุฐُُูู َูู
َุง ََููุง ُ ูู
ْ ุนَُْูู َูุงูุชَُููุง
Maksudnya: “Dan apa-apa yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah dengan sepenuhnya, dan apa-apa yang ia larang kamu, maka jauhilah seluruhnya.” (Al Hasyr : 7)
Kemudian Islam menanyakan pula:
Maksudnya: “Adakah kamu yang lebih mengetahui. Ataukah Allah yang lebih mengetahui?” dan ia menjawab pula: Maksudnya: “Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.” dan:
Maksudnya: “Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan itu melainkan sedikit sahaja.”
Allah Yang Maha Mengetahui, juga Yang Menjadikan segala sesuatu dan memberi rezeki mereka; ialah Tuhan Yang Memerintah dan Menentukan dan agama-Nya yang menjadi panduan untuk dihayati adalah asal usul yang, menjadi tempat kembalinya segala sesuatu mengenai kehidupan. Adapun situasi kehidupan manusia, teori-teori dan mazhab-mazhab pemikiran mereka boleh jadi menyeleweng dan rosak kerana ia tegak semata-mata di alas dasar ilmu pengetahuan manusia yang dangkal dan cetek seperti yang disifatkan oleh Al- Quran sebagai dikurniakan dengan ilmu pengetahuan yang sedikit sahaja.
Agama Allah itu bukanlah sesuatu yang kabur dan programnya untuk dihayati bukanlah sesuatu yang pragmatis. Ia sangat tegas dengan rangkaian yang kedua MUHAMMADUR-RASULULLAH (Muhammad itu utusan Allah) ia adalah terlingkung di dalam apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW dengan nas (textnya) di dalam perkara-perkara pokok dan dasar. Sekiranya di sana terdapat nas maka nas itulah yang menjadi hukum dan keputusan dan tidak ada jalan untuk ijtihad; tetapi kalau di sana tiada nas, maka tibalah peranan dan giliran ijtihad, menurut patokan dan dasar-dasar yang telah ditetapkan di dalam panduan Allah SWT sendiri bukan menurut kecenderungan hawa nafsu dan kemahuan manusia.
Firman Allah :
َูุฅِู ุชََูุงุฒَุนْุชُู
ْ ِูู ุดَْูุกٍ َูุฑُุฏُُّูู ุฅَِูู ุงِّููู َูุงูุฑَّุณُِูู
Maksudnya: “Maka sekiranya kamu berbantahan di dalam satu perkara, hendaklah kamu kembalikan dia kepada Allah dan Rasul.” (An Nisa': 59)
Dan dasar-dasar yang telah ditetapkan untuk diijtihadkan dan diistinbat juga
telah digariskan dengan terang dan nyata dan malah dikenal serta diketahui umum,
bukan sesuatu yang kabur dan pragmatis tiada seorang pun yang berhak
mengatakan bahawa sesuatu yang dia putuskan itu “ini ketetapan Allah”, yang
dilakukannya melainkan sehingga hukum dan keputusan itu sesuai dan secocok Maksudnya: “Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.”
dan:
Maksudnya: “Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan itu melainkan sedikit
sahaja.”
Allah Yang Maha Mengetahui, juga Yang Menjadikan segala sesuatu dan
memberi rezeki mereka; ialah Tuhan Yang Memerintah dan Menentukan dan
agama-Nya yang menjadi panduan untuk dihayati adalah asal usul yang, menjadi
tempat kembalinya segala sesuatu mengenai kehidupan. Adapun situasi kehidupan
manusia, teori-teori dan mazhab-mazhab pemikiran mereka boleh jadi
menyeleweng dan rosak kerana ia tegak semata-mata di alas dasar ilmu
pengetahuan manusia yang dangkal dan cetek seperti yang disifatkan oleh Al-
Quran sebagai dikurniakan dengan ilmu pengetahuan yang sedikit sahaja.
Agama Allah itu bukanlah sesuatu yang kabur dan programnya untuk
dihayati bukanlah sesuatu yang pragmatis. Ia sangat tegas dengan rangkaian yang
kedua MUHAMMADUR-RASULULLAH (Muhammad itu utusan Allah) ia adalah
terlingkung di dalam apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW dengan nas
(textnya) di dalam perkara-perkara pokok dan dasar. Sekiranya di sana terdapat nas
maka nas itulah yang menjadi hukum dan keputusan dan tidak ada jalan untuk
ijtihad; tetapi kalau di sana tiada nas, maka tibalah peranan dan giliran ijtihad,
menurut patokan dan dasar-dasar yang telah ditetapkan di dalam panduan Allah
SWT sendiri bukan menurut kecenderungan hawa nafsu dan kemahuan manusia.
Firman Allah :
َูุฅِู ุชََูุงุฒَุนْุชُู
ْ ِูู ุดَْูุกٍ َูุฑُุฏُُّูู ุฅَِูู ุงِّููู َูุงูุฑَّุณُِูู
Maksudnya: “Maka sekiranya kamu berbantahan di dalam satu perkara,
hendaklah kamu kembalikan dia kepada Allah dan Rasul.”
(An Nisa': 59)
Dan dasar-dasar yang telah ditetapkan untuk diijtihadkan dan diistinbat juga
telah digariskan dengan terang dan nyata dan malah dikenal serta diketahui umum,
bukan sesuatu yang kabur dan pragmatis tiada seorang pun yang berhak
mengatakan bahawa sesuatu yang dia putuskan itu “ini ketetapan Allah”, yang
dilakukannya melainkan sehingga hukum dan keputusan itu sesuai dan secocok Maksudnya: “Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.”
dan:
Maksudnya: “Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan itu melainkan sedikit
sahaja.”
Allah Yang Maha Mengetahui, juga Yang Menjadikan segala sesuatu dan
memberi rezeki mereka; ialah Tuhan Yang Memerintah dan Menentukan dan
agama-Nya yang menjadi panduan untuk dihayati adalah asal usul yang, menjadi
tempat kembalinya segala sesuatu mengenai kehidupan. Adapun situasi kehidupan
manusia, teori-teori dan mazhab-mazhab pemikiran mereka boleh jadi
menyeleweng dan rosak kerana ia tegak semata-mata di alas dasar ilmu
pengetahuan manusia yang dangkal dan cetek seperti yang disifatkan oleh Al-
Quran sebagai dikurniakan dengan ilmu pengetahuan yang sedikit sahaja.
Agama Allah itu bukanlah sesuatu yang kabur dan programnya untuk
dihayati bukanlah sesuatu yang pragmatis. Ia sangat tegas dengan rangkaian yang
kedua MUHAMMADUR-RASULULLAH (Muhammad itu utusan Allah) ia adalah
terlingkung di dalam apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW dengan nas
(textnya) di dalam perkara-perkara pokok dan dasar. Sekiranya di sana terdapat nas
maka nas itulah yang menjadi hukum dan keputusan dan tidak ada jalan untuk
ijtihad; tetapi kalau di sana tiada nas, maka tibalah peranan dan giliran ijtihad,
menurut patokan dan dasar-dasar yang telah ditetapkan di dalam panduan Allah
SWT sendiri bukan menurut kecenderungan hawa nafsu dan kemahuan manusia.
Firman Allah :
َูุฅِู ุชََูุงุฒَุนْุชُู
ْ ِูู ุดَْูุกٍ َูุฑُุฏُُّูู ุฅَِูู ุงِّููู َูุงูุฑَّุณُِูู
Maksudnya: “Maka sekiranya kamu berbantahan di dalam satu perkara,
hendaklah kamu kembalikan dia kepada Allah dan Rasul.”
(An Nisa': 59)
Dan dasar-dasar yang telah ditetapkan untuk diijtihadkan dan diistinbat juga
telah digariskan dengan terang dan nyata dan malah dikenal serta diketahui umum,
bukan sesuatu yang kabur dan pragmatis tiada seorang pun yang berhak
mengatakan bahawa sesuatu yang dia putuskan itu “ini ketetapan Allah”, yang
dilakukannya melainkan sehingga hukum dan keputusan itu sesuai dan secocok dengan apa yang digaris oleh Allah, dan bahawa sumber kekuasaan dan keputusan
itu ialah Allah SWT, bukan RAKYAT dan juga bukan PARTI, pun juga bukan
sebarang manusia, segala apa jua pun hendaklah dirujukkan kepada kitab Allah dan
Sunnah Rasul-Nya untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh Allah SWT; dan
ini tidak akan didapati oleh setiap orang pun yang ingin mendakwa dirinya
mempunyai sebarang kuasa dengan menggunakan nama Allah, seperti yang
terkenal di Eropah pada suatu ketika yang lampau dengan nama TEOKRASI atau
PEMERINTAHAN SUCI dan hal-hal seperti ini tidak ada sedikit pun di dalam
Islam, dan tiada seorang pun yang berhak atas nama Allah melainkan RasulNya
SAW dan hanya di sana ada nas-nas tertentu yang menentukan apa yang diperintah
oleh Allah SWT.
Sesungguhnya perkataan “agama untuk realiti” ( ุงูุฏูู ุงูููุน ) telah disalahgunakan
dan disalah-ertikan. Memang benarlah bahawa agama itu untuk realiti,
tetapi realiti yang bagaimanakah?
Yang sebenarnya realiti yang boleh diterima itu ialah realiti yang telah
ditumbuhkan oleh agama itu sendiri, mengikut panduan dan jalannya, selaras
dengan fitrah manusia yang semula jadi, yang melaksanakan keperluan-keperluan
“manusia” yang sebenarnya. Keperluan-keperluan yang telah diputuskan oleh Allah
yang menciptakannya kerana Allah Maha Mengetahui tentang apa yang
dijadikannya.
Firman Allah:
َุฃَูุง َูุนَْูู
ُ ู
َْู ุฎَََูู ََُููู ุงَّููุทُِูู ุงْูุฎَุจِูุฑُ
Maksudnya: “Tidakkah [Tuhan] yang menjadikan itu tahu, sedangkan Ialah yang
Halus, Yang Dasar.”
(Al Mulk: 14)
Dan agama itu tidak menghadapi apa jua realiti untuk menerimanya begitu
sahaja dan mencari sandaran daripada hukum-hukumnya sendiri, dan untuk
mencari sandaran daripada hukum syarak untuk dijadikan sebagai ungkapan kata
yang dipinjam! Tetapi agama itu menghadapi realiti untuk membuat pertimbangan
sesuai dengan neracanya. Ia menerima apa yang diterimanya dan memansukh apa
yang dimansukhkannya; dan ia akan mengadakan suatu realiti yang lain kalau
didapatinya realiti yang sedang wujud itu tidak sesuai. Realiti yang dibikin oleh
agama itulah realiti yang sebenarnya. Inilah pengertian yang sebenarnya bahawa
Islam itu agama untuk realiti; atau itulah yang sepatutnya dimengerti benar-benar.
Mungkin di sini timbul satu soalan pula: “Bukankah muslihat dan
kepentingan umat manusia itu yang mesti membentuk realiti untuk mereka?”
Dalam hal ini perlu kita kembali kepada pokok pangkal persoalan dan perlu
kita kembali kepada pertanyaan yang dibuat dan dijawab sendiri oleh Islam:
Adakah. kamu yang lebih mengerti, ataukah Allah yang Lebih Mengetahui?
dan:
Dan Allahlah Yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.
Sesungguhnya muslihat dan kepentingan umat manusia itu sudah pun
tercakup di dalam agama dan peraturan Allah, seperti yang diturunkan Allah, dan
seperti yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Sekiranya ternampak oleh manusia
pada suatu ketika bahawa muslihat mereka berlainan dengan apa yang disyariatkan
oleh Allah, maka jelaskan bahawa manusia itu sesat dan tersasul kerana
beranggapan seperti itu.
Allah SWT telah berfirman:
ุฅِ ْ ู َِูู ุฅَِّูุง َุฃุณْู
َุงุก ุณَู
َّْูุชُู
َُููุง َุฃูุชُู
ْ َูุขุจَุงุคُ ُ ูู
ู
َّุง َุฃูุฒَ َ ู ุงَُّููู ุจَِูุง ู
ِู ุณُْูุทَุงٍู ุฅِู َูุชَّุจِุนُู َ ู ุฅَِّูุง
ุงูุธََّّู َูู
َุง ุชََْููู ุงْูุฃَُููุณُ َََูููุฏْ ุฌَุงุกُูู
ู
ِّู ุฑَّุจِِّูู
ُ ุงُْููุฏَู ( 23 ) َุฃู
ْ ِْููุฅِูุณَุงِู ู
َุง ุชَู
ََّูู ( 24 ) ََِِّูููู
( ุงْูุขุฎِุฑَุฉُ َูุงُْูุฃَููู ( 25
Maksudnya: “Mereka hanya menurut sangkaan dan mengikut apa yang
diinginkan oleh hawa nafsu mereka, pada hal sesungguhnya telah datang kepada
mereka petunjuk dari Tuhan mereka. Atau apakah manusia itu akan mendapat
apa-apa yang ia mahu. Maka kepunyaan Allahlah akhirat dan dunia.”
(an-Najm: 23-25)
Dan kafirlah sesiapa jua yang mendakwa bahawa muslihatnya berlawanan
dengan apa yang telah disyariatkan deh Allah SWT, dan orang seperti itu tidak
kekal di dalam Islam walau sesaat pun.